Refleksi Minggu 9

Refleksi Minggu 9

    Pada minggu 9 ini, kami telah diberi pendedahan mengenai mengedit bahan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian. Pengeditan bahan pengajaran atas talian bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet untuk mengedit bahan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai perisian percuma dalam internet yang membolehkan kami untuk membina dan mengedit bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah kami telah menyediakan pautan yang dapat membantu kami untuk melakukan pengeditan bahan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian. Di samping itu, kami telah diajar akan cara untuk menggunakan pautan yang telah diberi. Hal ini demikian merupakan pengetahuan baru yang kami telah pelajari. Kami merasakan bahawa sekiranya kami tidak didedahkan dengan pautan dan cara menggunakannya, mungkin kami tidak akan mengetahui sehingga kini akan ilmu baru tersebut. Seterusnya, kami mungkin tidak akan mengaplikasikan pengeditan bahan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian.

    Melalui pengajaran pada minggu ini, kami telah didedahkan cara membuat brosur, newsletter dan kad pengumuman. Hal ini demikian, kami telah mengedit secara talian akan brosur, newsletter dan kad pengumuman yang mana dapat digunakan dalam pengajaran. Di samping itu, kami telah merancang pengajaran yang berfokus kepada pengeditan bahan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian yang mana murid diberi peluang untuk turut serta dalam mengedit tersebut. Kami bersyukur kerana kami berpeluang untuk mengajar murid kelak menggunakan kaedah yang sedemikian.