Tajuk 10

Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya

  • Membentangkan hasil kerja antara institut
  • Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut

 

AMALI 1 : Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa

1. Bincang dengan ahli kumpulan anda untuk menentukan :-

    i. peringkat pengajaran (induksi set, langkah pengajaran atau pada bahagian penutup) yang akan menggunakan

       video yang dibuat sebagai bahan pengajaran.

    ii. kemahiran bahasa (membaca, menulis atau lisan) yang akan diajar dengan menggunakan video sebagai bahan

        pengajaran.

 

Hasil Perbincangan Kumpulan

Kami sepakat untuk merancang untuk murid tahun 5 dan video dibuat sebagai bahan pengajaran untuk langkah 1 yang berlangsung selama 15 minit.

 

Fokus Utama          : HSP 5.2  Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.

   Aras 1 (i) membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan betul.

 

Fokus Sampingan  : HSP 8.2 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

   Aras 1 (i) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

 

Objektif                       : Pada akhir pelajaran, murid dapat :

  1. mendeklamasikan sajak sahabat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  2. membina sekurang-kurangnya 5 ayat tunggal dan 5 ayat majmuk berdasarkan ciri-ciri sahabat yang diperolehi daripada sajak sahabat.
  3. mengenal pasti sekurang-kurangnya 5  kesalahan ejaan yang terdapat dalam ayat tunggal.

 

 

RPH MOVIE MAKER.doc (54 kB)

AMALI 2: Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

 

  • Video yang akan dibina mesti mempunyai satu tema yang sesuai dengan sukatan pelajaran BM sekolah rendah.
  • Video mesti sesuai dengan kemahiran bahasa yang hendak diajar.
  • Durasi video bergantung kepada peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa yang hendak diajar.
  • Video yang dibina tidak menyentuh isu-isu sensitif.
  • Video yang dibina mesti mempunyai nilai-nilai murni.
  • Bahan video yang dibina mesti dibina berpandukan papan cerita.

    

papan cerita.pdf (3 MB)

AMALI 3 : Membina bahan video dan audio

1. Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, bina bahan video dan audio dengan menggunakan Movie Maker.

2. Hasilkan satu RPH selama 60 minit menggunakan bahan video yang telah dibina.

 

Video Sajak Sahabat

AMALI 4: Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. 

RPH AUDIO.docx (21,8 kB)

Lampiran 1 Damainya Negeriku.docx (16,5 kB)