Tajuk 14

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

 

 

 

Meneroka dan Mengklasifikasikan Cakera Padat

Definisi

cakera

  1. cakera cakeram sastera lama roda
  2. cakera cakeram senjata yang bulat pipih dan tajam tepinya
    Ayat: selapis panah dan selapis dadap dan selapis cakera;
  3. besi yang pipih bulat yang dilemparkan dalam pertandingan sukan
  4. (komputer dan telekomunikasi) sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer
  5. cakera keras(komputer dan telekomunikasi) sejenis cakera yang dapat menyimpan banyak data
    cakera liut (komputer dan telekomunikasi) sejenis cakera magnetik yang ringan dan fleksibel untuk menyimpan data, biasanya terdapat dalam saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket
    cakera optic (komputer dan telekomunikasi) sejenis cakera yang menggunakan teknologi laser untuk merakamkan data pada cakera
    cakera padat (komputer dan telekomunikasi) sejenis cakera magnetik yang mempunyai ketumpatan perakaman yang tinggi, dengan storan yang lebih besar.

sumber rujukan : https://dict.rewaz.org/search/browse/cakera.re

 

C akera padat (bahasa Inggeris: compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. 

 

sumber rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/Cakera_padat

 

 

Jenis Cakera Padat

Jenis cakera padat yang sering digunakan:

  • CD-Recordable (CD-R)
  • CD-ReWritable (CD-RW)
  • Digital Versatile Disk (DVD)

sumber rujukan : https://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/PenyebaranAplikasi.pdf

 

Jenis cakera padat :

  • cakera permainan
  • cakera audio
  • cakera video
  • cakera latihan
  • cakera prosa klasik

sumber rujukan : https://bmm3105wanie.blogspot.com/2011/04/minggu-14.html

 

Cara Penyimpanan Maklumat Cakera Padat

Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

 

sumber rujukan : https://www.ilmuit.com/tutorial/148

 

Perbezaan CD dan DVD

Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.

Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.

Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.

 

sumber rujukan : https://www.ilmuit.com/tutorial/148

 

Kebaikan dan Kelemahan Cakera Padat

Kebaikan

  1. Kepiawaian – boleh dibaca oleh sebarang pemacu CD ROM.
  2. Keupayaan menyimpan maklumat yang banyak.
  3. Memudahkan – tidak menyusahkan. Tiada sebarang sebarang tombol pembaca digunakan. Data dibaca dengan menggunakan teknologi laser. Jangka hayatnya dikata melebihi 100 tahun.
  4. Memenuhi keperluan pelbagai ‘platform’.
  5. Mempunyai kemudahan audio.
  6. Capaian rawak dan digital. Capaian rawak bermaksud, sebagai contoh untuk memilih lagu pada kaset, putaran ke hadapan atau ke belakang dilakukan tetapi pada CD ia boleh dicapai dengan memilih lagu yang dinyatakan sahaja.
  7. Kos salinan yang murah – dikatakan hanya memerlukan kurang daripada RM8.
  8. Kos yang rendah – berat sesebuah CD hanya 35 gram sahaja. Tidak memerlukan ruang yang luas seperti buku, boleh diposkan dengan kadar harga yang rendah. Ianya amat sesuai kerana sebagai bahan edaran yang murah.
  9. Kegunaan yang meluas dalam pendidikan – institusi pendidikan meningkatkan penggunaan media ini dalam pengajaran setelah harga komputer diumumkan. Penjualan ke atas institusi pendidikan meningkat. Sejak CD bersifat multimedia, ia membawa pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
  10. Harga cakera padat berpatutan.
  11. Banyak cakera padat di pasaran – Terdapat beribu cakera padat di pasaran hari ini. Boleh dikatakan setiap topik, dari ‘permainan’ hingga ke filem pawagam atau ke buku cerita kanak-kanak.
  12. Kekal dan ‘read only’ – Data yang disimpan tidak boleh diubah atau dipadam. Tidak perlu risau kemungkinan data terpadam. Tidak tergugat dengan calar kecil atau kesan cap jari.
  13. Tidak menjejas alam sekitar. Oleh kerana ia boleh diisi dengan banyak data tidak perlu lagi membazirkan kertas untuk menulis.

sumber rujukan : https://jusni.tripod.com/cdrom.htm

 

Kelemahan

  • Tidak boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pergerakannya harus cermat. 
  • Semasa operasi, penutupan yang mengejut boleh membantu menambah kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan 'bad sector' atau sektor rosak. 
  • Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga akhir hayatnya. 
  • Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer terutama dengan sistem operasi jenis Windows. 
  • Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini. 
  • Penyusunan fail-fail yang kemas akan memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi. 
  • Pencarian fail akan meniadi cepat dan boleh memanjangkan umurnya. 
  • Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras.
  • Pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah kipas aksesori di atas cakera keras untuk penyejukan yang padu.

sumber rujukan : https://notakom.tripod.com/Bab_Dua.htm

 

Perbezaan CD dan DVD

 

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.  


Bagaimana cakera padat menyimpan data? 
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang. 

Perbezaan CD dan DVD 
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format. 

Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data. 

Format CD 
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras. 

Format DVD 
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman. 
 

Format DVD

Ciri-ciri

DVD-R

DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.

DVD+R

Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-RAM

DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.

DVD-RW

DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secaraurutan.

DVD+RW

Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-R/W

Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).

DVD+R/W

Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)

 

sumber rujukan :https://www.ilmuit.com/tutorial/148

 

Memilih Cakera Padat Pembelajaran Bahasa Melayu

Ciri-ciri perisian yang baik untuk digunakan dalam p&p Bahasa Melayu


Antara ciri-ciri perisian yang baik ialah :

  • Mesra pengguna
  • Bersihat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna
  • Kreatif
  • Mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objek pembelajaran benar-benar tercapai
  • Tahan Lasak
  • Tiada ralat
  • Menghiburkan
  • Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna.
  • Topik-topik yang hendak disampaikan, ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya.
  • Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan reka bentuk antara muka perisian.

 

sumber rujukanhttps://www.scribd.com/doc/4025889/PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-BANTUAN-KOMPUTER

 

Hasil penelitian terhadap CD yang telah dibeli dan melihat sama ada mempunyai ciri-ciri perisian yang baik.

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, pada pendapat saya CD yang telah kami beli ini mempunyai ciri-ciri perisian yang baik. kami telah memilih CD pembelajaran Kamus Bergambar yang sangat sesuai digunakan oleh murid-murid. Antara ciri-ciri perisian yang baik pada CD ini ialah :

  • Menarik perhatian
  • Kreatif
  • Menghiburkan
  • Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan tidak mengganggu tumpuan pengguna.
  • Warna yang menarik
  • Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan reka bentuk antara muka perisian.
  • Mesra pengguna
  • Topik-topik yang hendak disampaikan, ringkas dan menarik 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

Menggunakan Cakera Padat dalam Aktiviti Pengajaran

Amali :

a. Berdasarkan CD pembelajaran  yang telah anda beli, bina RPH  untuk menggunakannya dalam p&p