Tajuk 5

Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu

 

 

 

1. Cari maklumat tentang mod penggunaan TMK

  • tutorial
  • aplikasi
  • komunikasi
  • penerokaan
Tutorial TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

pembelajaran mengenai bahasa dalam bentuk permainan

https://saujana.sg/Wiyata/permainanbahasasekolahrendah/tabid/3553/default.aspx

Aplikasi TMK digunakan sebagai alat komunikasi untuk menghantar, menerima, berkongsi atau bertukar-tukar maklumat melalui proses perbincangan serta pembelajaran kolaboratif individu atau berkumpulan. Ini boleh dilakukan melalui ruangan forum, chat, e-mel serta perbualan
panduan penggunaan powerpoint
 
 
 
 
panduan penggunaan excel
 
 
 
 
panduan penggunaan MC word
 
Komunikasi TMK digunakan untuk membantu melaksanakan tugasan pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi pemprosesan perkataan, persembahan slaid atau hamparan elektronik

Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai penggunaan TMK dan Komunikasi dalam Kalangan Guru di Sekolah.

https://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_

Dan_Komunikasi.pdf

 

 

Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai Internet dalam Perspektif Ilmu Komunikasi. https://edwi.dosen.upnyk.ac.id/Kajian%20internet%20kom.pdf

 

 

penggunan email untuk berkomunikasi dengan pelajar
 
 
cara penggunaan email
 

Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai komunikasi di internet.

https://nurainiajeeng.wordpress.com/2011/11/24/komunikasi-di-internet/

 

Penerokaan

TMK digunakan untuk mengakses serta mengumpul maklumat yang releven daripada Internet, CD dan seumpamanya melalui proses inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, kajian dll.

 

Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai tip-tip penggunaan interner serta keburukan dan kebaikannya.

https://www.klinik-komputer.info/tip-tip-penggunaan-komputer/kebaikandankeburukaninternet

 

 

 

2.Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

 

prosedur membina laman.pdf (918,1 kB)

tugasan 5 no 2.pdf (898,3 kB)

 

3. Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Model Assure ( Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996 ) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunkan untuk merancana penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud memastikan atau ' to assure ' pembelajaran berlaku.

Dalam model ini terdapat enam langkah :

 

 

  •     A – Analyse learner (Analisis pelajar)

  •     S – State objective (Nyatakan objektif)

  •     S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

  •     U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)

  •     R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)

  •     E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)

 

 

1. Analisis ciri pelajar.

a)     Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi,

b)     Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.  

 

2. Nyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.

a)     Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.

b)     Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.

 

 3. Pilih media dan bahan.

    Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

 

 4. Gunakan alat/bahan pengajaran.

a)     Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.

b)     Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

c)      Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.

d)     Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata­kan tujuan dan objektif pembelajaran.

e)     Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?

 

 5. Libatkan pelajar.

    Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem­buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai­nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi tindak  balas yang betul (Skinner, 1954).

 

 6. Nilai dan semak semula bahan.

    Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan: 

  • Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai?
  • Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran?
  • Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?
  • Adakah suasana pembelajaran selesa?
  • Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?

 

 

 

 

 

4. Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu