Refleksi Minggu 8

Refleksi Minggu 8

    Alhamdullilah. Pada minggu ini kami telah berpeluang untuk mengikuti aplikasi bagi pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian. Hal ini demikian, pensyarah telah menerangkan aspek yang boleh digunakan di samping menunjukkan contoh akan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian bagi memberi kefahaman dan pencetus idea dalam merancangan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian. Kami berasa sangat gembira kerana kami diberi pendedahan yang berguna di samping dapat diaplikasikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran di masa akan datang.

    Tambahan lagi, kami pada permulaannya beranggapan bahawa merancang pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian adalah sesuatu yang sukar dan tidak menyeronokkan apatah lagi agak mustahil untuk membuat pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian. Namun, setelah diberikan pendedahan oleh pensyarah kepada kami, maka kami dapat mencuba untuk merancang pengajaran yang melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran. Kami berasa seronok kerana melalui perancangan tersebut, kami merasakan bahawa kami dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid-murid kami kelak. Malah, murid kami berpeluang untuk belajar secara talian dimana-mana sahaja.