Refleksi Minggu 7

Refleksi Minggu 7

    Pada minggu ketujuh ini, kami telah mempelajari mengenai cara mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkaitan dengan bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat dan cara mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran. Kami dikehendaki mencari maklumat mengenai model pemprosesan maklumat pembelajaran dan memori Gagne. Dalam memori Gagne, mempunyai 9 adegan atau fasa pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 

    Setelah mendapatkan maklumat berkaitan dengan model pemprosesan maklumat pembelajaran dan memori Gagne, kami dikehendaki merancang satu rancangan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah berdasarkan teori pemprosesan maklumat dan model pembelajaran tersebut dengan menyediakan satu RPH Bahasa Melayu sekolah rendah selama 60 minit p&p, menunjukkan pengaplikasian model pembelajaran yang berasaskan teori pemprosesan maklumat yang telah kami fahami  dalam perancangan RPH dan P&P yang dijalankan mestilah menggunakan laman web yang telah kami pilih untuk mengajar kemahiran yang telah dirancang. Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan tugasan ini dan telah berjaya membentang tugasan ini dihadapan pensyarah serta mendapat komen yang positif. Tambahan lagi, dalam menyiapkan tugasan ini, kami dapat meningkatkan pemahaman kami dalam menyediakan RPH dengan menggunakan adegan serta fasa pembelajaran dalam model pemprosesan maklumat pembelajaran dan memori Gagne ini seterusnya dapat merancang aktiviti P&P yang menarik serta mengandungi kesembilan-sembilan adegan tersebut.