Refleksi Minggu 6

Refleksi Minggu 6

    Alhamdulillah, kami sudah berjaya belajar sehingga minggu keenam. Pada minggu ini kami telah mempelajari mengenai mengaplikasikan struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang terdiri daripada strukut hierarki dan struktur komposit, struktur linear dan struktur rangkaian. Seterusnya, kami dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan struktur-struktur tersebut. Tugasan ini agak sukar dilakukan kerana kami harus memautkan topik dengan topik yang lain dalam struktur tersebut. Hal ini amat mengelirukan dan memerlukan ketelitian yang tinggi. Setiap struktur ini adalah berbeza antara satu sama lain. Untuk menyiapkan tugasan ini, kami mengambil sedikit masa untuk menyiapkan keseluruhannya kerana kami harus memilih tajuk yang sesuai bagi dimasukkan dalam strutur yang dipilih. 

    Walaupun agak susah untuk menyediakan struktur ini, akan tetapi setelah siap, kami mendapati struktur ini akan memudahkan guru dalam menjalankan sesi p&p kerana struktur ini menyeluruh dari topik besar kepada topik yang lebih kecil malah urutan pembelajarannya juga adalah lebih jelas. Alhamdulillah, walaupun agak memakan masa, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dan pada pendapat kami, tugasan ini sangat berguna kepada kami kerana sudah pasti kami akan menggunakannya ketika telah menjadi seorang guru nanti.