Refleksi Minggu 5

Refleksi Minggu 5

     Pada minggu kelima ini, kami telah mempelajari mengenai cara membina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu. Pada minggu ini, kami mengalami sedikit masalah untuk membezakan perbezaan mod penggunaan TMK yang terdiri daripada mod tutorial, aplikasi, komunikasi dan penerokaan. Walau bagaimanapun, setelah kami bertanya kepada pensyarah dan meminta penerangan yang lebih jelas daripada pensyarah, alhamdulillah kami dapat memahaminya dan dapat meyiapkan tugasan tersebut. 

    Di samping itu, kami turut memuat naik prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menerangkan dengan jelas berkaitan cara-cara membina tapak tersebut. Selain itu, kami telah membina satu lagi tapak pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu Pintar Meneroka yang boleh digunapakai oleh murid-murid. Dalam tapak pembelajaran Pintar Meneroka ini, kami telah menggunakan model ASSURE dalam menyediakan aktiviti kepada murid-murid. Tapak ini sangat berguna untuk kegunaan murid-murid kerana di dalamnya telah jelas menerangkan mengenai tajuk yang akan dipelajari serta turut disediakan soalan latihan berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.