Refleksi Minggu 4

Refleksi Minggu 4

    Pada minggu keempat ini, kami telah mempelajari mengenai cara untuk memilih bahan internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu antaranya memilih bahan sastera, memilih bahan tatabahasa dan memilih bahan bidang ilmu lain. Kami mengalami sedikit masalah dalam mencari maklumat-maklumat yang diperlukan kerana gangguan internet. Walau bagaimanapun, kami dapat juga menyiapkan tugasan minggu 4 ini walaupun sedikit lambat. Bagi tugasan ini, kami dikehendaki mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan bahan sastera, bahan tatabahasa dan bahan bidang lain yang mana kami perlu memasukkan maklumat tersebut ke dalam webnode kami secara membuat pautan. Hal ini akan memudahkan pembaca untuk mendapatkan maklumat tersbut terus dari webnode kami. 

    Seterusnya, untuk menjadikan ruangan minggu 4 ini lebih menarik, kami turut memasukkan gambar yang sesuai dengan bahan-bahan yang dicari supaya kelihatan lebih menarik. Dalam pemilihan bahan-bahan yang untuk dimuat turun ini, kami mestilah bijak memilih bahan-bahan yang sesuai dan mudah untuk dibaca dan sesuai dengan tajuk yang dicari kerana terlalu banyak maklumat-maklumat dapat diperolehi dari internet yang bukan semuanya adalah maklumat yang tepat. Kata kunci yang digunakan untuk mencari bahan-bahan tersebut juga harus tepat bagi mengelakkan daripada memperolehi maklumat yang salah.