Refleksi Minggu 2

Refleksi Minggu 2

    Pada sesi p&p kali ini, alhamdulillah, kami dapat mempelajari perkara baharu lagi iaitu berkaitan dengan penggunaan enjin pencari cara menggunakan web, video, audio, dan imej, menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu dan cara menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. Pada mulanya, kami agak keliru kerana tidak tahu cara untuk melaksanakan tugasan tersebut. Akan tetapi, setelah tunjuk ajar dan penerangan yang jelas yang diberikan oleh pensyarah, kami dapat memahaminya dengan mudah. Walaupun kami mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya, hasilnya kami dapat menyiapkan tugasan minggu ini dengan baik.

        Melalui tugasan minggu ini, kami dapat menjelaskan cara-cara menggunakan imej, audio dan penggunaan kata kunci serta cara menyimpan bahan dalam bentuk fail kepada pembaca. Walaupun kelihatan agak sukar untuk menyiapkannya, akan tetapi setelah mengetaui cara-cara yang betul ianya tidak sesukar yang disangka. Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan tugasan pada minggu ini dengan lancar. Di samping, pada pendapat saya, dengan adanya webnode pembelajaran ini,  hal ini dapat memudahkan guru bagi menjalankan sesi p&p. Segala ini yang kami perolehi ini sangat berguna bukan sahaja pada waktu sekarang, akan tetapi untuk selamanya.