Refleksi Minggu 15

Refleksi Minggu 15

     Pada minggu ini, kami telah membuat pameran dan juga seminar. Sepanjang tempoh penyediaan kertas kerja dan juga perancangan seminar dan pameran tersebut, kami telah berusaha keras bersama rakan yang lain. Hal ini demikian, kami turut menyemak web kami agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi untuk dipamerkan pada hari pameran kelak. Kami berasa sedikit gementar dan gugup kerana kami harus membuat pameran berkenaan dengan hasil bahan pengajaran Bahasa Melayu yang telah dibuat sepanjang tempoh yang diberikan. Kami juga telah membuat ulangkaji bagi persediaan sekiranya pensyarah atau pengunjung pameran datang melihat hasil pameran kami.

    Pada hari seminar tersebut, kami telah mendapat serba sedikit input yang berguna dari para pembentang. Hal ini demikian kami merasakan bahawa BMM3105 adalah satu platform yang berguna dalam menghasilkan bahan pengajaran yang berguna dan menarik di samping seiring dengan perubahan zaman yang canggih. Selain itu, pada hari pameran tersebut, terdapat penambahbaikan dan juga tunjuk ajar yang diberikan oleh para pelawat yang datang ke tempat pameran kami. Hal ini demikian kami mengambil setiap komen yang diberi dari aspek positif yang mana dapat memberikan kami semangat untuk menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik dan sesuaian untuk murid. Malah, kami berpuas hati kerana pada hari pameran kami dapat membuat persembahan akan hasil persembahan kami dengan baik di samping para pelawat pameran kami amat berpuas hati dan gembira untuk mengikuti hasil bahan pengajaran yang telah kami sediakan. Kami berharap agar kami dapat meneruskan untuk membina bahan pengajaran yang menarik di samping memberi imput kepada murid di masa akan datang.