Refleksi Minggu 14

Refleksi Minggu 14

    Pada minggu ini, kami telah didedahkan berkenaan dengan maklumat mengenai cakera padat. Hal ini demikian, kami telah meneroka akan berkaitan dengan cakera padat yang mana membolehkan kami mengklasifikasikan cakera padat. Di samping itu, kami telah mencari cakera padat yang dijual dipasaran dan kemudiannya menghuraikan akan aspek yang terdapat dalam cakera padat tersebut. Sepanjang pencarian cakera padat tersebut, kami telah beberapa kali memilih yang salah dan memaksa kami untuk membeli beberapa kali cakera padat yang baru. Walau bagaimanapun, kami dapat pengalaman secara langsung akan di mana cakera padat yang dapat kami temui di pasaran berkenaan dengan pembelajaran kanak-kanak. Hal ini demikian kami berasa tidak rugi untuk melabur beberapa ringgit untuk membeli cakera padat pembelajara kerana kami dapat menggunakan di masa akan datang. Selain itu, kami dapat menggunakan cakera padat tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.