Refleksi Minggu 13

Refleksi Minggu 13

    Pada minggu ini, kami telah didedahkan dengan cara mereka cipta animasi dalam persembahan bahan pengajaran Bahasa Melayu. Kami diminta untuk menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point. Selain itu, pada permulaannya, kami diminta untuk mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet. Hal ini demikian tidak sesukar seperti yang difikirkan kerana animasi ini mudah dicari dalam internet malah terlalu banyak sehingga membuatkan kami keliru untuk memilih dan menggunakannya. Seterusnya, setelah kami mencari dan mengumpul animasi tersebut, kami telah memanipulasi animasi dalam persembahan berbentuk Power Point.