Refleksi Minggu 12

Refleksi Minggu 12

    Pada minggu ini, kami merasakan bahawa bahan pengajaran yang ingin dihasilkan adalah amat sukar dan menyulitkan di samping memerlukan masa serta perincian yang teliti bagi menghasilkan bahan pengajaran yang menarik. Hal ini demikian berkaitan menggunakan alat pengarangan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Tambahan lagi, bagi membina bahan pengajaran tersebut, kami harus memahami akan model pembangunan Koswer pengajaran berbantukan Komputer. Melalui pemahaman kami,  Koswer kami hendaklah dibangunkan mengikut Model Sistem Instruksional yang telah dicadangkan oleh Alessi dan Trollip (2001) Model Reka bentuk Sistem Instruksional Alessi dan Trolip yang mengandungi lapan langkah utama, iaitu penetapan matlamat pembelajaran dan ciri-ciri pelajar, pengumpulan sumber pembelajaran, penjanaan idea pembelajaran, penyusunan idea pembelajaran, penghasilan carta aliran pelajaran di atas kertas, penghasilan papan cerita, pengaturcaraan isi pelajaran serta penilaian kualiti dan keberkesanan perisian. Hal ini demikian, kami telah merancang menggunakan perisian tersebut berkenaan simpulan bahasa.

    Selain itu, buat pertama kalinya kami telah membuat papan cerita berkenaan dengan cara pembinaan bahan pengajaran kami. Hal ini demikian adalah sesuatu yang sukar kerana perkara tersebut adalah pertama kali dilakukan. Selain itu, pensyarah meminta kami untuk tidak melakukan papan cerita secara songsang seperti membuat bahan pengajaran yang kemudiannya membuat papan cerita. Oleh itu, kami telah membuat seperti yang diarahkan oleh pensyarah malah kami berjaya melakukannya dan ini menimbulkan perasaan yang puas dan gembira. Malah, melalui papan cerita tersebut, kami telah membina bahan pengajaran yang menarik. Walaupun terdapat sedikit kekurangan namun pada masa depan ilmu pengetahuan ini akan kami gunakan dengan sebaiknya, malah kami merasakan bahawa kami dapat mewujudkan suasanan pembelajaran yang menarik sekirannya menggunakan bahan pengajaran seperti ini di samping mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.