Refleksi Minggu 11

Refleksi Minggu 11

    Pada minggu 11 ini, kami telah mempelajari akan kaedah pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video. Sebenarnya, pada permulaan kami membaca berkenaan dengan tajuk pembelajaran kami pada minggu ini, kami berasa keliru dan tidak memahami akan kandungan pembelajaran kami pada minggu ini. Namun setelah bertanya dengan pensyarah di samping maklumat yang disediakan oleh pensyarah, maka kami terus dapat memahami dengan jelas akan perkara yang kami pelajari. Walau bagaimanapun, setelah memahami akan perkara yang bakal dipelajari, timbul pula perasaan rendah diri. Hal ini demikian kerana, kami sebelum ini belum pernah menggunakan alat sidang video yang telah dinyatakan oleh pensyarah secara tidak langsung membuatkan kami berasa malu pada diri sendiri. Namun, kami pernah melihat penggunaan bahan sidang video yang digunakan oleh kawan-kawan yang lain. Oleh itu, bagi membolehkan kami merancang rancangan pengajaran harian, maka kami telah bertemu dengan rakan-rakan yang mengetahui penggunaan bahan sidang video di samping memuat turun akan bahan tersebut.

    Setelah kami belajar dari rakan-rakan, maka barulah kami dapat membina bahan pengajaran berdasarkan sidang video yang bersesuaian dengan tahap murid. Kami merasakan bahawa melalui pembelajaran dalam subjek BMM3105 ini, maka kami telah didedahkan dengan bahan sidang video ini. Oleh itu, kami berasa begitu bersyukur dan berharap agar segala input yang kami perolehi dari mempelajari dalam BMM3105 dapat digunakan di masa akan datang.