Refleksi Minggu 10

Refleksi Minggu 10

    Alhamdulillah. Pada minggu yang ke-10 ini, kami telah berpeluang untuk mempelajari akan pengajaran dan pembelajaran secara bilik darjah maya. Kami berasa begitu teruja untuk menyediakan bahan yang berkaitan dengan topik kami minggu ini. Di samping itu, pensyarah banyak membantu di samping memberi tunjuk ajar akan cara penyediaan bahan yang bersesuaian. Hal ini demikian melalui bantuan pensyarah tersebut, kami telah bersama-sama melahirkan idea yang menarik bagi mewujudkan bahan pengajaran yang menarik berdasarkan topik pada minggu ini. Namun bagi membina bahan pengajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah, hal ini kerana kami telah melakukan banyak kali penambahbaikan dari mula perancangan sehingga ingin membina bahan pengajaran. Malah kami telah beberapa kali bertukar tajuk rancangan pengajaran bagi melahirkan suasana pembelajaran yang menarik. Tetapi, berbekalkan tunjuk ajar pensyarah dan kawan-kawan, maka akhirnya kami dapat merancangan dan membina bahan pengajaran yang menarik.

    Tambahan lagi, kami telah memilih topik yang mudah bagi rancangan pengajaran harian. Pada mulanya, bahan pengajaran kami agak hambar serta tidak menarik, kerana kami berasa keliru dan juga buntu akan kesan menarik yang dapat kami masukkan dalam bahan pengajaran kami. Setelah membuat kajian dan juga penyelidikan serba sedikit di internet dan juga berbincangan dengan rakan-rakan yang mahir dalam membina bahan pengajaran, maka kami telah bersepakat untuk menggunakan movie maker yang mudah serta menangkap gambar kami sebagai salah satu bahan yang ingin dimasukkan dalam bahan pengajaran kami. Hal ini demikian kerana kami beranggapan bahawa, murid akan tertarik kerana dapat melihat guru mereka sendiri yang berada dalam bahan pengajaran yang digunakan. Malah kami berasa seronok dengan hasil bahan pengajaran kami di samping berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh masyarakat sekeliling.