Refleksi Minggu 3

Refleksi Minggu 3

    Alhamdulillah, sekarang kami sudah sampai ke minggu ketiga yang berkaitan dengan aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet yang memerlukan kami untuk memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet dan kemudian memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point. Soalan tugasan minggu ketiga ini agak mudah, kerana kami hanya perlu mencari hal-hal yang berkaitan dengan etika penggunaan internet dan kemudian memuat turunkannya seterusnya memindahkan maklumat tersebut dalam bentuk brosur dan powerpoint. Perkara-perkara yang dipelajari ini adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh guru-guru. Hal ini yang demikian dapat digunakan pakai untuk sesi pengajaran di dalam kelas.

    Dalam menyiapkan powerpoint, hanya perkara penting sahaja yang harus dimasukkan. Isi-isi yang dimasukkan tidak boleh terlalu panjang dan saiz font jugak perlu selaras. Tambahan lagi, di dalam powerpoint juga boleh dimasukkan hyperlink yang akan memudahkan kita untuk klik pada mana-mana bahagian. Bagi brosur pula, maklumat yang perlu dimasukkan mesti la ringkas dan padat serta maklumat yang ingin disampaikan itu adalah jelas. Reka bentuk yang dipilh juga mestilah sesuai dengan maklumat yang ingin disampaikan serta menarik minat pembaca. Di samping itu, kami turut dapat mempelajari cara memuat naik simbol atau gambar serta membuat pautan pada gambar tersebut.