Tajuk 7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
- Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
1. Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
Latihan Amali 1
Cari maklumat tentang Model Pemprosesan Maklumat Pembelajaran Dan Memori Gagne
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT PEMBELAJARAN DAN MEMORI GAGNE (MPMPMG)
Proses Pembelajaran | Adegan/Fasa Pembelajaran |
1. Memberikan perhatian |
1. Menarik perhatian |
2. Membentuk pengharapan | 2. Beritahu objektif p&p - tingkatkan motivasi & jangkaan |
3. Memasukkan ingatan lampau ke dalam ingatan jangka pendek |
3. Merangsangan ingatan masa lampau |
4. Buat persepsi selektif terhadap rangsangan baru |
4. Mempersembahkan maklumat baru / isi pelajaran |
5. Enkodkan ke dalam memori jangka panjang/menyimpan ingatan | 5. Menyediakan panduan pembelajaran |
6. Ingat kembali dan memberikan respons | 6. Menyediakan latihan |
7. Pengukuhan | 7. Memberikan maklum balas |
8. Menilai/meninjau pencapaian | |
8. Pengingatan | 9. Meneguhkan ingatan dan pemindahan pelajaran |
Prinsip Pembelajaran:
1. Perhubungan - situasi rangsangan mesti diikuti oleh tindak balas yang dikehendaki
2. Pengulangan - pembelajaran akan berkesan dengan cara pengulangan dan peneguhan
3. Peneguhan - pembelajaran akan berkesan apabila diikuti oleh ganjaran
Lima Kategori Pembelajaran:
1. Maklumat verbal - kepelbagaian cara penyampaian maklumat, konteks bermakna, memberikan kue yang efektif untuk mengingat, dan lain-lain.
2. Kemahiran intelektual - membuat perbezaan, mengenal pasti jenis-jenis maklumat, memberikan definisi, memahami hukum dan aplikasi hukum atau peraturan untuk menyelesaikan masalah dan lain-lain.
3. Strategi kognitif - memberikan panduan atau cara belajar, berfikir, kreativiti dan lain-lain.
4. Sikap/perlakuan - memberikan pengharapan, maklum balas positif
5. Kemahiran motor - belajar dengan aktif dengan cara melakukan pergerakan untuk mempersembahkan maklumat, memngingati maklumat, galakkan latihan berfikir dan lain-lain.
2. Membina bahan p&p berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat Pembelajaran dan Memori Gagne
Latihan Amali 2
Rancang satu rancangan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah berdasarkan teori pemprosesan maklumat dan model pembelajaran di atas
a). Satu RPH bahasa Melayu sekolah rendah selama 60 minit p&p
b). Tunjukkan pengaplikasian model pembelajaran yang berasaskan teori pemprosesan maklumat yang telah anda fahami dalam perancangan RPH anda
c). P&P mesti menggunakan laman web yang telah anda pilih untuk mengajar kemahiran yang telah dirancang.
.
Format RPH :
Tarikh:
Masa:
Tahun:
Bil. Murid:
Tema:
Tajuk:
Objektif:
Fokus utama:
Fokus sampingan:
Kemahiran bahasa:
Sistem bahasa:
Pengisian kurikulum:
- ilmu
- nilai
- kemahiran nilai tambah:
Pengetahuan sedia ada:
Bahan sumber p&p:
Langkah (masa) | Aktiviti P&P | Catatan aplikasi model pembelajaran |
Set induksi | ||
Langkah 1 | ||
Langkah 2 | ||
Langkah 3 | ||
Penutup |
Aktiviti lanjutan
Rancangan Pengajaran Harian
RPH MINGGU 7 (1)[2].doc (554,5 kB)
Hot Potatoes : Pengalaman Memelihara Haiwan Peliharaan
Teks cerita binatang
3. Mengaplikasi model pembelajaran Gagne berasaskan model pemprosesan maklumat Gagne dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
a. Simulasikan RPH yang telah dirancang
b. Simulasi akan dirakam dan di muat naikkan ke dalam laman web anda