I made this widget at MyFlashFetish.com.

 

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

 
Hasil Pembelajaran
 
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
 
 
Sinopsis:
 
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
 
 


 


News

Peringatan..!!

13/01/2012 21:02
Perhatian kpd sahabat-sahabat T2 Pengajian Melayu, pada hari Isnin minggu hadapan ( 16/1/2012), kelas macam biasa di Makmal 3. Sila bawa laptop dan broadband masing-masing. Pastikan kerja minggu lepas telah disiapkan. Sekian Terima Kasih.=)

Jadual Kelas BMM 3105

09/01/2012 21:42
Kelas pada Isnin - 8.00-10.00pg.   Rabu - 10.00-12.00 tengah hari.   Khamis - 11.30-1.30 petang. Sekiranya terdapat kelas ganti, AJK subjek akan memaklumkan kepada anda. Sekian Terima Kasih.